Happy Birthday Idola

Assalamualaikum and hye everything (eh everyone supposedly hahahahah). Just want to tell you guys, April 12 is the birthdate of one of my idols and very 'alim' teacher named Habib Ali (if you already knew him and watch his lecture masyaAllah jaranglah tak jatuh cinta cewahhhh). 


Falling in love with him since 2017, there was a time tetiba aku bukak video Cocombee ada so many video kuliah from Habib. I admire him in terms of delivering the message. Memang padu bakhang! Sangat bersahaja, penyampaian very organized and most importantly, easy to understand. Yeah I admit you guys also ada idola or ustaz or habib yang you guys admire or minat kan so this is mine.

I am glad to share about his background as well as his life journey especially dalam perjalanan dakwah beliau. Here we go….


Nama penuh / Nasab beliau:
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-

1974 – 1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar

Dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda,beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Darul Murtadza
Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.

Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah dan kini, pengajian diadakan di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa KL.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.


Sanah helwah/happy 46th birthday guruku Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid! May Allah bless you with happy life and good health. May Allah give you continuous strength in delivering da'wah to all of us. May Allah grant all your du'as and dreams.

p/s: Dan semoga diriku ini terus istiqamah menciduk ilmu daripada beliau. Sungguh banyak lagi benda yang aku tak tahu. And I need to learn and adapt every single time. Ya Allah, it's been a while tak duduk talaqqi (berdepan) dengan beliau.

Teringat akan one of my favourite quotes from him:
"Ambillah ilmu dari apa yang kita dengar bukan apa yang kita faham."

My advice is: Duduklah bersama orang-orang soleh - semoga dengan asbab ini kita semua akan dikumpulkan juga bersama orang-orang yang soleh di syurgaNya. Ameen.


Some of the videos from My Google Drive

Access Google Drive (Video Habib Ali from Cocombee): https://drive.google.com/open?id=1kpEqNcK_rMcU0hdE29NHU8txpbfoHQ75

Feel free to download it...

Credit to: Uthman Daud (Facebook)

Post a Comment

0 Comments